Jangan Ikut Aku Ep12

Akil ke rumah Cikgu Shila dan cuba memujuknya tetapi Cikgu Shila takut untuk berada bersama Akil. Akil berjanji akan selesaikan segala masalah yang dihadapinya dan akan berjumpa dengan Cikgu Shila setelah masalahnya selesai. Akil menalipon SIti untuk berjumpa untuk pulangkan cincin keramat 4. Ketika masuk ke dalam rumah untuk ambil cincin, Akil terkejut kerana Dukun Anjang Itam telah menunggu Akil di dalam rumahnya. Dukun Anjang Itam beritahu Akil yang saka-saka itu tak akan pergi dari hidup Akil selagi Akil pegang ‘cincin keramat 4’ milik Tok Misai. Akil terkejut. Dukun Anjang Itam minta cincin ‘keramat 4’ dari Akil. Akil tidak mahu berikan pada Dukun Anjang Itam kerana takut di salah gunakan. Dukun Anjang Itam mengamuk. Dukun Anjang Itam akhirnya menggunakan Cikgu Shila sebagai tebusan dan meminta cincin tersebut sekali lagi jika tidak Cikgu Shila akan dibunuh. Kesemua Jin datang menolong Akil tetapi Dukun Anjang Itam menggunakan kuasanya untuk melemahkan semua jin. Siti yang menunggu lama Akil rasa tak sedap hati. Siti bersama Nabil dan Pak Sudin pergi ke rumah Akil. Pak Sudin bertarung dengan Dukun Anjang Itam dan berjaya menundukkan Dukun Anjang Itam. Dukun Anjang Itam diserahkan kepada polis dengan tuduhan menculik Cikgu Shila. Akil marahkan jin-jin semua kerana tidak memberitahunya tentang hubungan mereka dengan cincin ‘keramat 4’ yang disimpannya. Akil beritahu pada semua jin yang dia terpaksa berpisah dengan mereka kerana kehidupan manusia dan makhluk seperti mereka sangat berbeza. Akil suruh jin-jin pergi kerana takut Dukun Anjang Itam akan mencari mereka semula. Mereka pergi tinggalkan Akil dengan wajah yang sedih. Pak Sudin sekali lagi datang ke rumah Akil bersama Siti untuk memastikan jin-jin tidak mendampingi Akil lagi. Siti setuju cincin ‘keramat 4’ diberi kepada Pak Sudin. Pak Sudin juga ‘memagar’ Akil supaya Akil tidak lagi diganggu dan didatangi oleh jin-jin dahulu. Pak Sudin suruh Akil supaya tidak tinggalkan solat kerana orang yang banyak mendekatkan diri dengan Allah tidak disukai oleh jin dan syaitan. Akil faham. Akil terserempak dengan Cikgu Shila di luar masjid. Cikgu Shila bertanya kenapa Akil sudah lama tidak berhubung dengannya. Akil tak sangka Cikgu Shila masih mahu berkawan dengannya.

Related Posts

Load comments