Siapa Dia Sebenarnya

Adrianna merupakan seorang gadis yang ceria dan pintar sekali, dibesarkan dalam keluarga yang berada, Adrianna mempunyai segala yang dia mahukan, kecuali satu, teman lelaki yang mencintai dirinya kerana dirinya bukan harta ibu bapanya. Semasa Adrianna sedang dalam kajian thesis bagi ijazah master dalam penulisan, dia telah berkenalan dengan seorang pemuda kacak bernama Qalif. Hatinya tertawan akan bagaimana indahnya senyuman pemuda itu dan dari situ bermulalah percintaan kedua mereka yang penuh indah dan romantis sekali, sehingga Qalif datang berjumpa ibu bapa Adrianna dengan niat menikahinya. Walaupun Qalif seorang anak yatim piatu, ibu bapa Adrianna iaitu, Hasnol dan Suraya tidak sedikitpun kisah, malahan gembira akan ada pemuda sebaik itu dan mahu menikahi anak mereka, tidak sampai 4 bulan bercinta, Adrianna dan Qalif telah bernikah, dan beberapa hari kemudiannya mereka ke sebuah pulau untuk berbulan madu, segalanya indah sekali buat Adrianna hinggalah malam ketiga di pulau tersebut..


Related Posts

Load comments