Fazira baru sahaja bernikah dengan Syamiel, seorang ustaz muda dan Syamiel mengenakan syarat-syarat kepada Fazira iaitu dia harus berhenti menjadi model dan menumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangga mereka. Demi cinta, Fazira sanggup memenuhi syarat tersebut. Keesokannya Fazira mendapat idea untuk membuka perniagaan butik hijab. Sekelip mata saja butik Fazira menjadi sebutan ramai. Ramai yang ingin menjadi vendor di butiknya. Berlakulah persaingan sengit sesama mereka untuk menaikkan jualan masing-masing.


Related Posts

Load comments